Assalamualaikum awak yang handsome dan cantik.. Senyum dulu baru baca. Ok? :) »

Saturday, April 7, 2012

Jatuh Cinta Pada Si Playboy?




Banyak dah kita saksikan filem yang memaparkan kisah cinta antara gadis yang baik baik bersama lelaki romeo atau playboy yang selalunya berakhir dengan kebahagiaan. sering buat aku tertanya tanya adakah perkara yang sama boleh berlaku dalam realiti sebenar dunia percintaan?

Playboy atau romeo jenis lelaki yang tidak pernah puas dengan seorang perempuan.malah pantang nampak perempuan cantik pasti tidak akan di lepaskan. jadi.. bolehkah playboy ni jadi si pencinta yang setia seperti yang digambarkan dalam filem filem??



aku si kacak.. aweks keliling pinggang 



tak payah nak pertikaikan persoalan tersebut. kerana 'cinta' boleh terjadi apa sahaja. orang yang zalim pun boleh dijinakkan inikan pulak playboy atau romeo.


oleh itu, jangan takut andai korang terjatuh cinta pada si playboy. korang masih ada cara untuk terus mengikat cintanya tanpa si dia menoleh cinta pada yang lain. tapi, kalau aku, malas nak layan lelaki macam ni. baik aku carik yang tinggi ilmu agamanya.., pendiam, sopan santun, pemalu,..tak banyak cakap.. bla bla bla bla.. =.="


ok fine.. lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. so, wahai korang, korang, korang, dan aku... kalau nak dapat jodoh yang baik, kenalah jadi baik dulu! take note.. take note!


dan lagi best kalau kita bercinta selepas berkahwin.. ohh sweetnya!!




Di atas ni adalah gambar gambar perkahwinan kakak aku dan pasangan dia.. mestilah abang ipar aku kan..hee


mereka adalah contoh pasangan yang bercinta selepas kahwin.. serius.. sweet je aku tengok! =)


YH : jangan carik yang mana aku! eh, ade ke yang nak carik?? keh3



*********

Cinta itu indah jika kita sulamkan dengan keikhlasan dan kejujuran..cinta tak seharusnya memiliki.. tapi cinta seharusnya diperjuangkan.. jika salah cara, maka hilanglah cinta..jangan kerana cinta, kita pun leka entah kemana.. jangan hanya kerana cinta, tergadai semua maruah agama..

0 comments: