Assalamualaikum awak yang handsome dan cantik.. Senyum dulu baru baca. Ok? :) »

Wednesday, August 1, 2012

Nota Pengajian Am - Bab 7 : Dasar Dalam Negara

1.      PENDAHULUAN
·         Ekonomi Negara dalam keadaan tidak memuaskan selepas mencapai kemerdekaan.
·         Pelbagai dasar ekonomi diwujudkan untuk memperbaiki keadaan tersebut
·         Dasar ekonomi yang diwujudkan adalah seperti berikut;
                                            i.            Pra-Dasar Ekonomi Baru (1956-1970)
                                          ii.            RRJKP1: DEB (1971-1990)
                                        iii.            RRJKP2: Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)
                                        iv.            RRJKP3: Dasar Wawasan Negara (2001-2010)

2.      PRA-DASAR EKONOMI BARU (1956-1970)
·         Pra-dasar Ekonomi Baru (1956-1970) ini meliputi;
-          Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
-          Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
-          Rancangan Malaysia Pertama (1966-191970)
·         Objektif  utama Pra-Dasar Ekonomi Baru itu ialah
-          Meningkatkan taraf hidup masyarakat di luar Bandar
-          Memberi peluang pekerjaan dengan cara meningkatkan pengeluaran sektor pertanian, dan  meneroka peluang perusahaan.
-          Memperbaiki dan meningkatkan kemudahan sosial
·         Bagi mencapai matlamat di atas kerajaan terlah;
-          Menubuhkan RIDA – untuk membangunkan soio-ekon dan infrastruktur luar Bandar,
-          FELDA – pembukaan tanah pertanian seperti getah dan kelapa sawit.
-          FELCRA – melaksanakan pemulihan dan pembangunan tanah pertanian.
-          MARDI – meningkatkan penyelidikan sektor pertanian.
-          MARA – membangunkan sektor perkilangan dan perdagangan.

3.      RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG PERTAMA: DEB (1971-1990)
·         RRJKP1: DEB ini meliputi;
-          Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975)
-          Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
-          Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
-          Rancangan Malaysia kelima (1986-1990)
·         Objektif utama rancangan-rancangan ini ialah;
-          Mengembangkan ekonomi
-          Mengujudkan perpaduan pelbagai kaum (menyusun semula masyarakat).
-          Membasmi kemiskinan.
·         Selain meneruskan strategi RM1, stretegi berikut digunakan seperti;
-          Terkandung beberapa dasar dalam DEB iaitu;
                                                                    i.            Dasar Pertanian Negara
                                                                  ii.            Dasar Perindustrian Negara
                                                                iii.            Dasar Persyarikatan Malaysia
                                                                iv.            Dasar Perswastaan
                                                                  v.            Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
                                                                vi.            Dasar pengurangan Beban Perbelanjaan Awam
                                                              vii.            Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia

·         Bagi mencapai matlamat tersebut dilakukan;
-          Penubuhan DARA, KEJORA, dan KETENGAH bagi memajukan kawasan mundur secara pembukaan tanah bersepadu.
-          Penubuhan RISDA dan LPP bagi bantuan nasihat serta kewangan pekebun getah.
-          Penubuhan UDA, PERNAS, Bank Pembangunan, dan Bank Bumiputera bagi menggalakkan penyertaan bumiputera dalam ekonomi.
-          Penubuhan PERWAJA dan HICOM untuk mengembangkan industri berat, besi dan keluli.

4.      RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KEDUA: DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL(1991-2000)
·         Dilancarkan oleh Dr Mahathir Mohamad pada Jun 1991.
·         RRJP2 merangkumi;
-          Rancangan Malaysia keenam (1991-1995)
-          Rancangan Malaysia ketujuh (1996-2000)
·         Terdapat dasar baru dalam DPN iaitu;
-          Dasar Sains dan Teknologi
-          Dasar telekomunikasi Negara
-          Koridor Raya Multimedia (MSC)
·         Strategi yang digunakan ialah;
-          Meningkatkan kualiti sumber manusia
-          Meningkatkan sektor pertanian, perlombongan, industri (kecil dan sederhana) dan pelancongan.
-          Meningkatkan R&D, penggunaan sains dan teknologi serta penggunaan ICT .
-          Meningkatkan daya tabungan, modal serta mengukuhkan sistem kewangan.
-          Meningkatkan eksport dan daya saing dengan Negara luar.
·         Objektif pelaksanaan DPN ialah;
-          Mencapai pembangunan ekonomi yang mantap dan seimbang (mampan)
-          Mewujudkan masyarakat bersatu padu, saksama dan progresif.
-          Mencapai matlamat Negara maju

5.      RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KETIGA: DASAR WAWASAN NEGARA (2001-2010)
·         Merupakan frasa kedua bagi merealisasikan Wawasan 2020
·         RRJP3 merangkumi;
-          RMK8 (2001-2005)
-          RMK9 (2006-2010)
·         Strategi pelaksanaannya ialah berteraskan;
-          Bangsa berdaya tahan, masyarakat yang saksama.
-          Mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan ekonomi berasaskan pengetahuan,
-          Meningkatkan daya saing
-          Pembangunan alam sekitar yang mampan
·         Oleh itu objektifnya;
-          Sebuah Negara maju
-          Pertumbuhan yang seimbang dalam menghadapi cabaran globlisasi menjelang 2020.
                        -      Sebuah Negara maju, 

DIMENSI BARU DWN
  • Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui penerapan pengetahuan yang lebih tinggi
  • Membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil yang miskin di kawasan terpencil, OrangAsli dan kumpulan minoriti Bumiputera di Sabahdan Sarawak serta meningkatkan pendapatan dankualiti hidup kumpulan pendapatan 30 peratus
  • Mencapai penyertaan Bumiputera yang berkesanserta pemilikan ekuiti sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang 2010
  • Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalamsektor utama ekonomi
  • Mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia bagi menyokong pembentukanmasyarakat yang berasaskan pengetahuan
Dasar Persyarikatan Malaysia
  • 1983
  • Untuk mewujudkan satu suasana yangselesa dalam hubungan antara kerajaan dansektor swasta
  • Memesatkan kadar pertumbuhan ekonomi
  • Kejayaan di salah satu pihak akan dianggapkejayaan bersama
Objektif 

  • Berjaya dalam persaingan perdaganganantarabangsa dan negara akan jugamencapai kemajuan pesat dalam proses perindustrian dan pembangunankeseluruhannya
  • Dengan cara ini kesejahteraan rakyat akanmeningkat dengan bertambahnya peluang pekerjaan dan kekayaan
Dasar Penswastaan

  • 1983
  • Pemindahan kepada sektor swasta aktivitidan fungsi yang pada tradisinya menjaditanggungjawab sektor awam
Objektif 

  • Mengurangkan beban kewangan dan pentadbirannegara
  • Meningkatkan kecekapan dan daya pengeluarannegara
  • Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi
  • Mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awamdalam ekonomi
  • Membantu mencapai matlamat Dasar Pembangunan Nasional
Dasar Perindustrian Negara

  • Pelan Induk Perindustrian Pertama(Industrial Master Plan) – 1986-1995
  • Pelan Induk Perindustrian Kedua (SecondIndustrial Master Plan) – 1996-2005
  • Pelan Induk Perindustrian Ketiga – 2006-2015
PIP1 (Objektif)

  • Menjadikan sektor perkilangan sebagaicatalyst pertumbuhan perindustrian
  • Menggalakkan penggunaan sepenuhnyasumber-sumber asli negara
  • Meninggikan R&D teknologi tempatan asas bagi Malaysia menjadi negara perindustrian
PIP2 (Fokus Utama)

  • Orientasi Perkilangan++
  • Pembangunan Perindustrian BerasaskanKelompok 
3 Jenis Kelompok 

  • Kelompok yang dihubungkaitkan di peringkat antarabangsa- 4 kelompok 
  • Kelompok yang berteraskan dasar – 9kelompok 
  • Kelompok yang berasaskan sumber – 9kelompok 
Dasar Pertanian Negara

  • DPN1-1984-1991
  • DPN2-1992-2010
  • DPN3-1998-2010
Objektif 

  • Mempertingkatkan produktiviti dan dayasaingan
  • Mengeratkan pertalian dengan sektor-sektor lain
  • Menerokai bidang-bidang baru, memuliharadan mengguna sumber asli secara mampan
Dasar Pendidikan Negara - 1996

  • Menteri boleh menubuh danmenyenggarakan SK, SJK (T) dan SMK Sekolah rendah dan menengah mengguna kurikulum kebangsaan dan pelajar menduduki peperiksaan kebangsaan
  • Pendidikan wajib sekolah rendah
  • Pengenalan mata pelajaran Sains di Tahun 1
Pernyataan Dasar Pendidikan

  • Pengenalan mata pelajaran vokasional di sekolahmenengah harian
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di SK dan SMK 
  • Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil bahasa pengantar SJK© dan SJK (T)
  • Pengajaran bahasa ibunda di sekolah rendah danmenengah
  • Dasar 60:40 enrolmen pelajar dalam bidang sains dan sastera

Dasar Pembaharuan MemajukanPentadbiran Awam(sejak 1991)

  • •29 Pekeliling Kemajuan P’khidmatanAwam
  • •Pengurusan dan peningkatan kualiti dan produktiviti
  • •Inovasi dalam Perkhidmatan Awam
  • •Pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia
  • •Usaha-usaha memudahkan peraturan dan prosidur 
  • •Penerapan nilai-nilai murni dan amalan etika kerja positif 
Program-program Pembaharuan

•Perkhidmatan kaunter yang berkualiti
•Peningkatan sistem dan prosidur kerja serta penggunaan peralatan moden
•Peningkatan penggunaan komputer


0 comments: