Assalamualaikum awak yang handsome dan cantik.. Senyum dulu baru baca. Ok? :) »

Wednesday, August 1, 2012

Nota Pengajian Am - Bab 7 : Dasar Dalam Negara

1.      PENDAHULUAN
·         Ekonomi Negara dalam keadaan tidak memuaskan selepas mencapai kemerdekaan.
·         Pelbagai dasar ekonomi diwujudkan untuk memperbaiki keadaan tersebut
·         Dasar ekonomi yang diwujudkan adalah seperti berikut;
                                            i.            Pra-Dasar Ekonomi Baru (1956-1970)
                                          ii.            RRJKP1: DEB (1971-1990)
                                        iii.            RRJKP2: Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)
                                        iv.            RRJKP3: Dasar Wawasan Negara (2001-2010)

2.      PRA-DASAR EKONOMI BARU (1956-1970)
·         Pra-dasar Ekonomi Baru (1956-1970) ini meliputi;
-          Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
-          Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
-          Rancangan Malaysia Pertama (1966-191970)
·         Objektif  utama Pra-Dasar Ekonomi Baru itu ialah
-          Meningkatkan taraf hidup masyarakat di luar Bandar
-          Memberi peluang pekerjaan dengan cara meningkatkan pengeluaran sektor pertanian, dan  meneroka peluang perusahaan.
-          Memperbaiki dan meningkatkan kemudahan sosial
·         Bagi mencapai matlamat di atas kerajaan terlah;
-          Menubuhkan RIDA – untuk membangunkan soio-ekon dan infrastruktur luar Bandar,
-          FELDA – pembukaan tanah pertanian seperti getah dan kelapa sawit.
-          FELCRA – melaksanakan pemulihan dan pembangunan tanah pertanian.
-          MARDI – meningkatkan penyelidikan sektor pertanian.
-          MARA – membangunkan sektor perkilangan dan perdagangan.

3.      RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG PERTAMA: DEB (1971-1990)
·         RRJKP1: DEB ini meliputi;
-          Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975)
-          Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
-          Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
-          Rancangan Malaysia kelima (1986-1990)
·         Objektif utama rancangan-rancangan ini ialah;
-          Mengembangkan ekonomi
-          Mengujudkan perpaduan pelbagai kaum (menyusun semula masyarakat).
-          Membasmi kemiskinan.
·         Selain meneruskan strategi RM1, stretegi berikut digunakan seperti;
-          Terkandung beberapa dasar dalam DEB iaitu;
                                                                    i.            Dasar Pertanian Negara
                                                                  ii.            Dasar Perindustrian Negara
                                                                iii.            Dasar Persyarikatan Malaysia
                                                                iv.            Dasar Perswastaan
                                                                  v.            Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
                                                                vi.            Dasar pengurangan Beban Perbelanjaan Awam
                                                              vii.            Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia

·         Bagi mencapai matlamat tersebut dilakukan;
-          Penubuhan DARA, KEJORA, dan KETENGAH bagi memajukan kawasan mundur secara pembukaan tanah bersepadu.
-          Penubuhan RISDA dan LPP bagi bantuan nasihat serta kewangan pekebun getah.
-          Penubuhan UDA, PERNAS, Bank Pembangunan, dan Bank Bumiputera bagi menggalakkan penyertaan bumiputera dalam ekonomi.
-          Penubuhan PERWAJA dan HICOM untuk mengembangkan industri berat, besi dan keluli.

4.      RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KEDUA: DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL(1991-2000)
·         Dilancarkan oleh Dr Mahathir Mohamad pada Jun 1991.
·         RRJP2 merangkumi;
-          Rancangan Malaysia keenam (1991-1995)
-          Rancangan Malaysia ketujuh (1996-2000)
·         Terdapat dasar baru dalam DPN iaitu;
-          Dasar Sains dan Teknologi
-          Dasar telekomunikasi Negara
-          Koridor Raya Multimedia (MSC)
·         Strategi yang digunakan ialah;
-          Meningkatkan kualiti sumber manusia
-          Meningkatkan sektor pertanian, perlombongan, industri (kecil dan sederhana) dan pelancongan.
-          Meningkatkan R&D, penggunaan sains dan teknologi serta penggunaan ICT .
-          Meningkatkan daya tabungan, modal serta mengukuhkan sistem kewangan.
-          Meningkatkan eksport dan daya saing dengan Negara luar.
·         Objektif pelaksanaan DPN ialah;
-          Mencapai pembangunan ekonomi yang mantap dan seimbang (mampan)
-          Mewujudkan masyarakat bersatu padu, saksama dan progresif.
-          Mencapai matlamat Negara maju

5.      RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KETIGA: DASAR WAWASAN NEGARA (2001-2010)
·         Merupakan frasa kedua bagi merealisasikan Wawasan 2020
·         RRJP3 merangkumi;
-          RMK8 (2001-2005)
-          RMK9 (2006-2010)
·         Strategi pelaksanaannya ialah berteraskan;
-          Bangsa berdaya tahan, masyarakat yang saksama.
-          Mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan ekonomi berasaskan pengetahuan,
-          Meningkatkan daya saing
-          Pembangunan alam sekitar yang mampan
·         Oleh itu objektifnya;
-          Sebuah Negara maju
-          Pertumbuhan yang seimbang dalam menghadapi cabaran globlisasi menjelang 2020.
                        -      Sebuah Negara maju, 

DIMENSI BARU DWN
  • Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui penerapan pengetahuan yang lebih tinggi
  • Membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil yang miskin di kawasan terpencil, OrangAsli dan kumpulan minoriti Bumiputera di Sabahdan Sarawak serta meningkatkan pendapatan dankualiti hidup kumpulan pendapatan 30 peratus
  • Mencapai penyertaan Bumiputera yang berkesanserta pemilikan ekuiti sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang 2010
  • Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalamsektor utama ekonomi
  • Mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia bagi menyokong pembentukanmasyarakat yang berasaskan pengetahuan
Dasar Persyarikatan Malaysia
  • 1983
  • Untuk mewujudkan satu suasana yangselesa dalam hubungan antara kerajaan dansektor swasta
  • Memesatkan kadar pertumbuhan ekonomi
  • Kejayaan di salah satu pihak akan dianggapkejayaan bersama
Objektif 

  • Berjaya dalam persaingan perdaganganantarabangsa dan negara akan jugamencapai kemajuan pesat dalam proses perindustrian dan pembangunankeseluruhannya
  • Dengan cara ini kesejahteraan rakyat akanmeningkat dengan bertambahnya peluang pekerjaan dan kekayaan
Dasar Penswastaan

  • 1983
  • Pemindahan kepada sektor swasta aktivitidan fungsi yang pada tradisinya menjaditanggungjawab sektor awam
Objektif 

  • Mengurangkan beban kewangan dan pentadbirannegara
  • Meningkatkan kecekapan dan daya pengeluarannegara
  • Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi
  • Mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awamdalam ekonomi
  • Membantu mencapai matlamat Dasar Pembangunan Nasional
Dasar Perindustrian Negara

  • Pelan Induk Perindustrian Pertama(Industrial Master Plan) – 1986-1995
  • Pelan Induk Perindustrian Kedua (SecondIndustrial Master Plan) – 1996-2005
  • Pelan Induk Perindustrian Ketiga – 2006-2015
PIP1 (Objektif)

  • Menjadikan sektor perkilangan sebagaicatalyst pertumbuhan perindustrian
  • Menggalakkan penggunaan sepenuhnyasumber-sumber asli negara
  • Meninggikan R&D teknologi tempatan asas bagi Malaysia menjadi negara perindustrian
PIP2 (Fokus Utama)

  • Orientasi Perkilangan++
  • Pembangunan Perindustrian BerasaskanKelompok 
3 Jenis Kelompok 

  • Kelompok yang dihubungkaitkan di peringkat antarabangsa- 4 kelompok 
  • Kelompok yang berteraskan dasar – 9kelompok 
  • Kelompok yang berasaskan sumber – 9kelompok 
Dasar Pertanian Negara

  • DPN1-1984-1991
  • DPN2-1992-2010
  • DPN3-1998-2010
Objektif 

  • Mempertingkatkan produktiviti dan dayasaingan
  • Mengeratkan pertalian dengan sektor-sektor lain
  • Menerokai bidang-bidang baru, memuliharadan mengguna sumber asli secara mampan
Dasar Pendidikan Negara - 1996

  • Menteri boleh menubuh danmenyenggarakan SK, SJK (T) dan SMK Sekolah rendah dan menengah mengguna kurikulum kebangsaan dan pelajar menduduki peperiksaan kebangsaan
  • Pendidikan wajib sekolah rendah
  • Pengenalan mata pelajaran Sains di Tahun 1
Pernyataan Dasar Pendidikan

  • Pengenalan mata pelajaran vokasional di sekolahmenengah harian
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di SK dan SMK 
  • Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil bahasa pengantar SJK© dan SJK (T)
  • Pengajaran bahasa ibunda di sekolah rendah danmenengah
  • Dasar 60:40 enrolmen pelajar dalam bidang sains dan sastera

Dasar Pembaharuan MemajukanPentadbiran Awam(sejak 1991)

  • •29 Pekeliling Kemajuan P’khidmatanAwam
  • •Pengurusan dan peningkatan kualiti dan produktiviti
  • •Inovasi dalam Perkhidmatan Awam
  • •Pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia
  • •Usaha-usaha memudahkan peraturan dan prosidur 
  • •Penerapan nilai-nilai murni dan amalan etika kerja positif 
Program-program Pembaharuan

•Perkhidmatan kaunter yang berkualiti
•Peningkatan sistem dan prosidur kerja serta penggunaan peralatan moden
•Peningkatan penggunaan komputer


Nota Pengajian Am - Bab 8 : Dasar Luar Negara


1.    PENGENALAN
1.1      Dasar  luar Negara dapat dimaksudkan sebagai matlamat, garis panduan untuk menentukan hala tuju, tindakan, strategi yang diambil oleh sesebuah Negara dalam menjalin hubungan dengan Negara lain.
1.2      Matlamat utamanya ialah untuk memastikan sesebuah Negara mencapai kemakmuran, keamanaan dan kesetabilan serta kepentingan Negara dalam suasana hubungan antarabangsa yang sentiasa berubah2.
1.3      Objektifnya ialah;
-          Memupuk hubungan baik dengan Negara lain.
-          Menjaga kedaulatan, kemerdekaan, maruah  dari campur tangan kuasa luar.
-           Kepentingan politik, ekonomi, sosial diperingkan antarabangsa.
2.    FAKTOR PENENTU DASAR LUAR
2.1      FAKTOR DALAMAN
-          Kepentingan dan keselamatan  nasional.
-                   Menjamin keselamatan Negara dari ancaman musuh
-                   Keupayaan Malaysia yang terhad. Oleh itu terpaksa bergantung dengan kuasa atau Negara  luar
-          Ekonomi.
-                   Menjalin hubungan ekonomi dan perdagangan dengan Negara lain diperingkat antara bangsa
-          Kedudukan geostrategik
-                   Kedudukan Malaysia yang strategik.
-                   Keadaan serantau yang bermasalah.
-                   Hubungan Negara serantau - ASEAN
2.2      FAKTOR LUARAN.
-          Mengikut ketetapan dan selaras prinsip PBB yang;
-                   Melindungi Negara kecil
-                   Memelihara keharmonian dan keamanaan
-                   Menjaga hak asasi kemanusiaan
-                   Menegak keadilan dan undang-undang.
-          Dasar berkecuali.
-                   Menjalin hubungan dengan semua Negara tanpa mengira ideologi.
-                   Angota NAM (Pertubuhan Negara-negara Berkecuali)
2.3      FAKTOR SEJARAH DAN BUDAYA
-          Anggota Komanwel/ Bekas tanah jajahan British
-                   Hubungan baik dengan British dan Negara-negara Komanwel.
-          Anggota OIC (Pertubuhan Persidangan Islam) – menyokong persaudaraan dan perpaduan Islam .
-          Anggota G15 (Group 15) dan D8 ( Developing 8)
2.4      FAKTOR/ WAWASAN KEPIMPINAN
-          Memastikan hubungan diplomatik terjalin dengan baik dan harmoni demi kepentingan dua hala.
3.    PERKEMBANGAN DASAR LUAR
3.1      ERA TUNKU ABDUL RAHMAN
·         Pro Barat dan antikomunis sehingga 1970an.
·         Anggota PBB, Komanwel dan FPDA (Five Power Defence Arrangements)
·         Menjalin Perjanjian Anglo- Malaya (AMDA) antara Malaysia dengan British pada 1957.
·         British (barat) telah membantu Malaysia dalam isu Pembentukan Malaysia, tuntutan Filipina ke atas Sabah, Konfrontasi Indonesia dan perpisahan Singapura.
·         Pengasas Pertubuhan Asia Tenggara (ASA/ Asia of Southeast Asia – 1961).
·         ASEAN (Association of Southeast Asia Nations) pada 1967. 
3.2      ERA TUN ABDUL RAZAK (1970 – 1976)
·         Dasar berkecuali selepas 1970 serta Ahli Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM/ Non Alignment Movement )
·         Negara bebas, tidak antikomunis serta menjalin hubungan antara negara tanpa mengira ideologi.
·         Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN/ Zone of Peace, Freedom and Neulrality- 1971) dan SEANWFZ (South East Asia Nuklear Weapon Free)
3.3      ERA TUN HUSSEIN ONN (1976 – 1981)
·         Dasar Kerjasama Serantau.
·         Meningkatkan hubungan ASEAN dan ZOPFAN.
·         Hubungan dipereratkan dengan China.
3.4      ERA TUN DR MAHATHIR (1981 – 2003)
·         Aktif dalam ASEAN, NAM, OIC, Komenwel, G15, D8.
·         Semangat Selatan-selatan dan PBB. Ambil bahagian dalam Majlis Keselamatan (Secrity Council).
·         Konsep Dasar Pandang Ke Timur, kurangkan pelaboran di Negara-negara Barat,
3.5      ERA DATO’ SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI (2003 – 2009)
·         Teruskan dasar berkecuali dan dasar Dr Mahathir
·         Bawa kemajuan dalam OIC, NAM, ASEAN

 Malaysia dan Negara Serantau

ASEAN
  • Merupakan pertemuan antara ketua negara ASEAN dengan Perdana Menteri Jepun, Presiden Korea Selatan & Presiden China
  • Merupakan perjanjian berkaitan ekonomi & perdagangan sahaja
  • ASEAN + 3 dilaksanakan secara tidak rasmi dan wujud kerana kegagalan EAEC (Majlis Perundingan Ekonomi Asia Timur) yang dibantah oleh Amerika Syarikat (takut mungkin menjejaskan kepentingan ekonomi negara-negara Asia Pasifik)

Misi Nasional: Lima Teras Misi Nasional


1. Meningkatkan Ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi
  • Tingkatkan produktiviti, daya saing & nilai ditambah dalam pertanian, pembuatan & perkhidmatan
  • Jana sumber kekayaan baru dalam sektor berintensif ICT & bioteknologi
2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan & inovasi negara serta pupuk minda kelas pertama
  • Jadikan Islam Hadhari sebagai rangka kerja pembanguan sejagat
  • Tingkatkan prestasi sekolah rendah sebagai sekolah pilihan rakyat

3. Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi.
  • Membasmi kemiskinan tegar
  • Mengatasi jurang dalam kumpulan etnik dengan menambah pendapatan individu


4. Meningkatkan tahap & kemampanan kualiti hidup
  • Memastikan perlindungan alam sekitar & penggunaan sumber asli yang cekap
  • Menyediakan kemudahan pengangkutan awam elak kesesakan lalu lintas & penggunaan bahan api

5. Mengukuhkan keupayaan institusi & pelaksanaan
  • Tingkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan awam
  • Tangani kegiatan rasuah dalam sektor awam & swasta.

MALAYSIA DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA


Faedah Yang Diperolehi Malaysia Sebagai Anggota Komanwel:

• Mendapat bantuan pertahanan daripada negara-negara komanwel dalam menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya.
• Membuat perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New Zealand yang menjanjikan bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa Konfrontasi.
• Mengadakan kerjasama pertahanan dengan negara komanwel.
• Mesyuarat CHOGM memberi ruang untuk Malaysia membincangkan hal-hal kepentingan bersama.
• Menganjurkan mesyuarat CHOGM.
• Mengisytiharkan Deklerasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi pencemaran.
• Berpeluang menyuarakan penentangan terhadap dasar apartheid.
• Eksport Malaysia ke negara komanwel dikenakan cukai yang rendah.
• Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.
• Berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998.

Matlamat Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) :

• Menjamin keamanan dan keselamatan dunia
• Menggalakkan hubungan baik di kalangan negara anggota
• Bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa
• Melindungi hak asasi manusia
• Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota

Peranan Malaysia Dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

• Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa
• Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo.
• Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan.
• Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran – Iraq .
• Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea.
• Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
• Menentang dasar aparteid.
• Menyarankan agar benua Antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik semua negara.
• Menjadi ahli Bank Dunia.
• Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah.
• Dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB.
• Tan Sri Razali Ismail menjadi pengerusi Perhimpunan Agung PBB.
• Sebagai wakil PBB untuk menyelesaikan konflik politik Myanmar.
• Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin.

Peranan Malaysia Dalam Menegakkan Prinsip NAM

• Mengemukakan usul membela kepentingan negara membangun.
• Mengemukakan isu Palestin.
• Mengemukakan isu Antartika.
• Mengemukakan cadangan menghapuskan Dasar Apartheid
• Sebagai Naib Presiden dalam sidang kemuncak NAM di Belgrade
• Sebagai ahli G 16 yang membincangkan isu politik negara anggota.
• Menjadi tuan rumah sidang kemuncak NAM ke-13 pada 2003.
• Mengisytiharkan Deklerasi Kuala Lumpur untuk menghidupkan kembali NAM.
• Mengeluarkan pernyataan bersama tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika terhadap Iraq.

Matlamat Penubuhan OIC

• Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan
• Menubuhkan Kumpulan 15
• Mengadakan sidang kemuncak G15 yang pertama di KL pada 1990
• Menagadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
• Menubuhkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan di KL
• Menubuhkan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global
• Menubuhkan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan

Peranan Malaysia Dalam OIC

• Tunku Abdul Rahman dipilih sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama
• Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq
• Memberi sokongan kepada rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air
• Menjadi tuan rumah persidangan OIC pada 1974 dan 2003
• Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam pada 2002
• Menawarkan biasiswa kepada pelajar dari negara OIC yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
• Mengsyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam dalam urusan perdagangan


Faedah Yang Dinikmati Oleh Malaysia Sebagai Anggota OIC

• Mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek untuk rakyat
• Mendapat bantuan untuk menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
• Mendapat penghormatan negara anggota lain kerana serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara Islam
• Ketokohan pemimpin Malaysia terserlah melalui dasar Malaysia yang mengutamakan keamanan dan kesejahteraan.

Matlamat Penubuhan ASEAN

• Mengekalkan kestabilan politik rantau Asia Tenggara.
• Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.
• Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian.
• Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan.
• Mengadakan hubungan erat dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa.

Peranan dan Sumbangan Malaysia Sebagai Anggota ASEAN

• Menandatangani Deklerasi Kuala Lumpur pada November 1971.
• Memberi kata sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
• Mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea.
• Turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea.
• Membuat keputusan ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear.
• Mengisytiharkan larangan menggunakan perairan dan pelabuhannya untuk mana-mana kapal yang mengangkut bahan atau senjata nuklear.
• Bekerjasama dalam projek perindustrian, contohnya projek baja urea.
• Menyertai kerjasama ekonomi melalui AFTA.
• Mengemukakan idea mewujudkan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) bagi memperluaskan kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan.
• Menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama ASEAN + 3.
• Memberikan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan menyertai Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).
• Membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.
• Mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian.
• Bersama-sama menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.
• Mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio.
• Menganjurkan Sukan SEA.
• Menjalinkan kerjasama menyertai Tahun Melawat ASEAN 1992.

Ciri-Ciri Negara Selatan

• Pernah dijajah oleh kuasa Barat
• Masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah
• Tidak mempunyai kepakaran
• Tidak mempunyai modal untuk memproses bahan mentah menjadi barang siap
• Dibebani syarat perdagangan yang tidak adil
• Harga bahan mentahnya dikawal oleh negara maju
• Menanggung kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan

Matlamat Penubuhan Negara-Negara Selatan

- Mengatasi harga eksport bahan mentah
- Meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal di kalangan negara anggota
- Mengurangkan pergantungan kepada negara maju

Peranan Malaysia Dalam Negara-Negara Selatan

• Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan
• Menubuhkan Kumpulan 15
• Mengadakan sidang kemuncak G15 yang pertama di KL pada 1990
• Menagadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
• Menubuhkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan di KL
• Menubuhkan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global
• Menubuhkan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan