1. PENGENALAN
1.1 Dasar luar Negara dapat dimaksudkan sebagai matlamat, garis panduan untuk menentukan hala tuju, tindakan, strategi yang diambil oleh sesebuah Negara dalam menjalin hubungan dengan Negara lain.
1.2 Matlamat utamanya ialah untuk memastikan sesebuah Negara mencapai kemakmuran, keamanaan dan kesetabilan serta kepentingan Negara dalam suasana hubungan antarabangsa yang sentiasa berubah2.
1.3 Objektifnya ialah;
- Memupuk hubungan baik dengan Negara lain.
- Menjaga kedaulatan, kemerdekaan, maruah dari campur tangan kuasa luar.
- Kepentingan politik, ekonomi, sosial diperingkan antarabangsa.
2. FAKTOR PENENTU DASAR LUAR
2.1 FAKTOR DALAMAN
- Kepentingan dan keselamatan nasional.
- Menjamin keselamatan Negara dari ancaman musuh
- Keupayaan Malaysia yang terhad. Oleh itu terpaksa bergantung dengan kuasa atau Negara luar
- Ekonomi.
- Menjalin hubungan ekonomi dan perdagangan dengan Negara lain diperingkat antara bangsa
- Kedudukan geostrategik
- Kedudukan Malaysia yang strategik.
- Keadaan serantau yang bermasalah.
- Hubungan Negara serantau - ASEAN
2.2 FAKTOR LUARAN.
- Mengikut ketetapan dan selaras prinsip PBB yang;
- Melindungi Negara kecil
- Memelihara keharmonian dan keamanaan
- Menjaga hak asasi kemanusiaan
- Menegak keadilan dan undang-undang.
- Dasar berkecuali.
- Menjalin hubungan dengan semua Negara tanpa mengira ideologi.
- Angota NAM (Pertubuhan Negara-negara Berkecuali)
2.3 FAKTOR SEJARAH DAN BUDAYA
- Anggota Komanwel/ Bekas tanah jajahan British
- Hubungan baik dengan British dan Negara-negara Komanwel.
- Anggota OIC (Pertubuhan Persidangan Islam) – menyokong persaudaraan dan perpaduan Islam .
- Anggota G15 (Group 15) dan D8 ( Developing 8)
2.4 FAKTOR/ WAWASAN KEPIMPINAN
- Memastikan hubungan diplomatik terjalin dengan baik dan harmoni demi kepentingan dua hala.
3. PERKEMBANGAN DASAR LUAR
3.1 ERA TUNKU ABDUL RAHMAN
· Pro Barat dan antikomunis sehingga 1970an.
· Anggota PBB, Komanwel dan FPDA (Five Power Defence Arrangements)
· Menjalin Perjanjian Anglo- Malaya (AMDA) antara Malaysia dengan British pada 1957.
· British (barat) telah membantu Malaysia dalam isu Pembentukan Malaysia, tuntutan Filipina ke atas Sabah, Konfrontasi Indonesia dan perpisahan Singapura.
· Pengasas Pertubuhan Asia Tenggara (ASA/ Asia of Southeast Asia – 1961).
· ASEAN (Association of Southeast Asia Nations) pada 1967.
3.2 ERA TUN ABDUL RAZAK (1970 – 1976)
· Dasar berkecuali selepas 1970 serta Ahli Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM/ Non Alignment Movement )
· Negara bebas, tidak antikomunis serta menjalin hubungan antara negara tanpa mengira ideologi.
· Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN/ Zone of Peace, Freedom and Neulrality- 1971) dan SEANWFZ (South East Asia Nuklear Weapon Free)
3.3 ERA TUN HUSSEIN ONN (1976 – 1981)
· Dasar Kerjasama Serantau.
· Meningkatkan hubungan ASEAN dan ZOPFAN.
· Hubungan dipereratkan dengan China.
3.4 ERA TUN DR MAHATHIR (1981 – 2003)
· Aktif dalam ASEAN, NAM, OIC, Komenwel, G15, D8.
· Semangat Selatan-selatan dan PBB. Ambil bahagian dalam Majlis Keselamatan (Secrity Council).
· Konsep Dasar Pandang Ke Timur, kurangkan pelaboran di Negara-negara Barat,
3.5 ERA DATO’ SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI (2003 – 2009)
· Teruskan dasar berkecuali dan dasar Dr Mahathir
· Bawa kemajuan dalam OIC, NAM, ASEAN
Malaysia dan Negara Serantau
- Merupakan pertemuan antara ketua negara ASEAN dengan Perdana Menteri Jepun, Presiden Korea Selatan & Presiden China
- Merupakan perjanjian berkaitan ekonomi & perdagangan sahaja
- ASEAN + 3 dilaksanakan secara tidak rasmi dan wujud kerana kegagalan EAEC (Majlis Perundingan Ekonomi Asia Timur) yang dibantah oleh Amerika Syarikat (takut mungkin menjejaskan kepentingan ekonomi negara-negara Asia Pasifik)
Misi Nasional: Lima Teras Misi Nasional
1. Meningkatkan Ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi
- Tingkatkan produktiviti, daya saing & nilai ditambah dalam pertanian, pembuatan & perkhidmatan
- Jana sumber kekayaan baru dalam sektor berintensif ICT & bioteknologi
- Jadikan Islam Hadhari sebagai rangka kerja pembanguan sejagat
- Tingkatkan prestasi sekolah rendah sebagai sekolah pilihan rakyat
3. Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi.
- Membasmi kemiskinan tegar
- Mengatasi jurang dalam kumpulan etnik dengan menambah pendapatan individu
4. Meningkatkan tahap & kemampanan kualiti hidup
- Memastikan perlindungan alam sekitar & penggunaan sumber asli yang cekap
- Menyediakan kemudahan pengangkutan awam elak kesesakan lalu lintas & penggunaan bahan api
5. Mengukuhkan keupayaan institusi & pelaksanaan
- Tingkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan awam
- Tangani kegiatan rasuah dalam sektor awam & swasta.
MALAYSIA DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA
Faedah Yang Diperolehi Malaysia Sebagai Anggota Komanwel:
• Mendapat bantuan pertahanan daripada negara-negara komanwel dalam menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya.
• Membuat perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New Zealand yang menjanjikan bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa Konfrontasi.
• Mengadakan kerjasama pertahanan dengan negara komanwel.
• Mesyuarat CHOGM memberi ruang untuk Malaysia membincangkan hal-hal kepentingan bersama.
• Menganjurkan mesyuarat CHOGM.
• Mengisytiharkan Deklerasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi pencemaran.
• Berpeluang menyuarakan penentangan terhadap dasar apartheid.
• Eksport Malaysia ke negara komanwel dikenakan cukai yang rendah.
• Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.
• Berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998.
Matlamat Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) :
• Menjamin keamanan dan keselamatan dunia
• Menggalakkan hubungan baik di kalangan negara anggota
• Bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa
• Melindungi hak asasi manusia
• Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota
Peranan Malaysia Dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
• Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa
• Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo.
• Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan.
• Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran – Iraq .
• Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea.
• Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
• Menentang dasar aparteid.
• Menyarankan agar benua Antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik semua negara.
• Menjadi ahli Bank Dunia.
• Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah.
• Dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB.
• Tan Sri Razali Ismail menjadi pengerusi Perhimpunan Agung PBB.
• Sebagai wakil PBB untuk menyelesaikan konflik politik Myanmar.
• Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin.
Peranan Malaysia Dalam Menegakkan Prinsip NAM
• Mengemukakan usul membela kepentingan negara membangun.
• Mengemukakan isu Palestin.
• Mengemukakan isu Antartika.
• Mengemukakan cadangan menghapuskan Dasar Apartheid
• Sebagai Naib Presiden dalam sidang kemuncak NAM di Belgrade
• Sebagai ahli G 16 yang membincangkan isu politik negara anggota.
• Menjadi tuan rumah sidang kemuncak NAM ke-13 pada 2003.
• Mengisytiharkan Deklerasi Kuala Lumpur untuk menghidupkan kembali NAM.
• Mengeluarkan pernyataan bersama tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika terhadap Iraq.
Matlamat Penubuhan OIC
• Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan
• Menubuhkan Kumpulan 15
• Mengadakan sidang kemuncak G15 yang pertama di KL pada 1990
• Menagadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
• Menubuhkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan di KL
• Menubuhkan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global
• Menubuhkan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan
Peranan Malaysia Dalam OIC
• Tunku Abdul Rahman dipilih sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama
• Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq
• Memberi sokongan kepada rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air
• Menjadi tuan rumah persidangan OIC pada 1974 dan 2003
• Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam pada 2002
• Menawarkan biasiswa kepada pelajar dari negara OIC yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
• Mengsyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam dalam urusan perdagangan
Faedah Yang Dinikmati Oleh Malaysia Sebagai Anggota OIC
• Mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek untuk rakyat
• Mendapat bantuan untuk menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
• Mendapat penghormatan negara anggota lain kerana serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara Islam
• Ketokohan pemimpin Malaysia terserlah melalui dasar Malaysia yang mengutamakan keamanan dan kesejahteraan.
Matlamat Penubuhan ASEAN
• Mengekalkan kestabilan politik rantau Asia Tenggara.
• Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.
• Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian.
• Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan.
• Mengadakan hubungan erat dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa.
Peranan dan Sumbangan Malaysia Sebagai Anggota ASEAN
• Menandatangani Deklerasi Kuala Lumpur pada November 1971.
• Memberi kata sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
• Mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea.
• Turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea.
• Membuat keputusan ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear.
• Mengisytiharkan larangan menggunakan perairan dan pelabuhannya untuk mana-mana kapal yang mengangkut bahan atau senjata nuklear.
• Bekerjasama dalam projek perindustrian, contohnya projek baja urea.
• Menyertai kerjasama ekonomi melalui AFTA.
• Mengemukakan idea mewujudkan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) bagi memperluaskan kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan.
• Menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama ASEAN + 3.
• Memberikan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan menyertai Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).
• Membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.
• Mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian.
• Bersama-sama menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.
• Mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio.
• Menganjurkan Sukan SEA.
• Menjalinkan kerjasama menyertai Tahun Melawat ASEAN 1992.
Ciri-Ciri Negara Selatan
• Pernah dijajah oleh kuasa Barat
• Masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah
• Tidak mempunyai kepakaran
• Tidak mempunyai modal untuk memproses bahan mentah menjadi barang siap
• Dibebani syarat perdagangan yang tidak adil
• Harga bahan mentahnya dikawal oleh negara maju
• Menanggung kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan
Matlamat Penubuhan Negara-Negara Selatan
- Mengatasi harga eksport bahan mentah
- Meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal di kalangan negara anggota
- Mengurangkan pergantungan kepada negara maju
Peranan Malaysia Dalam Negara-Negara Selatan
• Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan
• Menubuhkan Kumpulan 15
• Mengadakan sidang kemuncak G15 yang pertama di KL pada 1990
• Menagadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
• Menubuhkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan di KL
• Menubuhkan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global
• Menubuhkan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan
0 comments:
Post a Comment